Kemahiran Berfikir Kritis


 [Pengenalan KBKK] [Alat-Alat Berfikir] [Kemahiran Berfikir Kritis] [Kemahiran Berfikir Kreatif] [Kemahiran Membuat Keputusan] [Kemahiran Menyelesaikan Masalah] [Strategi Pengajaran dan Pembelajaran KBKK] [FAQ] [Panel Penulis] [Webmaster] [Laman Utama]


Kemahiran Berfikir Secara Kritis

Perkataan kritik berasal daripada bahasa Yunani "Kritikos" yang bermakna mampu menilai. Pada asalnya perkataan kritis dicipta untuk mengelak kesilapan, kekeliruan dan andaian-andaian yang salah. Secara umumnya kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan  dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan  kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.  

Senarai  kemahiran berfikir secara kritis:


Membanding dan membeza:  

Kemahiran membanding dan membeza merupakan kemahiran yang  membolehkan anda meneliti persamaan dan kelainan antara dua objek, idea, peristiwa dan sebagainya berdasarkan kepada aspek-aspek tertentu.

Contoh kemahiran membanding dan membeza ialah antara dua tokoh misalnya antara Tun Abdul Razak dengan Tengku Abdul Rahman, antara dua pekerjaan seperti  nelayan dan petani, antara dua bentuk seperti  segi tiga dan piramid, dua peristiwa dan sebagainya.

Alat berfikir yang boleh digunakan ialah Pengurusan Grafik Membanding dan  Membeza.


Membuat kategori, Kemahiran mengkategori ialah aktiviti minda yang mengelompokkan maklumat, objek atau perkara mengenai sesuatu ke dalam kumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri-ciri sepunya yang boleh diperhatikan. Misalnya, apabila anda menyaring, mengindang, menapis dan mimilih maklumat serta meletakkan sesuatu perkara itu di bawah satu label / tajuk dan sebagainya, anda sebenarnya sudah melakukan aktiviti minda mengklasifikasi dan mengkategori.


Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.  

Kemahiran ini dapat membantu kita melihat dengan jelas bahagian-bahagian kecil dalam suatu benda atau organisme atau sistem serta fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian kecil itu dengan keseluruhahan.

Setiap bahagian kecil memberi sumbangan kepada keseluruhan dan bagaimana setiap  bahagian itu  berfungsi, maka ia akan membantu kita memahami dengan lebih jelas akan dunia di sekeliling kita.


Menerangkan sebab.


 [Pengenalan KBKK] [Alat-Alat Berfikir] [Kemahiran Berfikir Kritis] [Kemahiran Berfikir Kreatif] [Kemahiran Membuat Keputusan] [Kemahiran Menyelesaikan Masalah] [Strategi Pengajaran dan Pembelajaran KBKK] [FAQ] [Panel Penulis] [Webmaster] [Laman Utama]