Kemahiran Membuat Keputusan


 [Pengenalan KBKK] [Alat-Alat Berfikir] [Kemahiran Berfikir Kritis] [Kemahiran Berfikir Kreatif] [Kemahiran Membuat Keputusan] [Kemahiran Menyelesaikan Masalah] [Strategi Pengajaran dan Pembelajaran KBKK] [FAQ] [Panel Penulis] [Webmaster] [Laman Utama]


Kemahiran Membuat Keputusan

Membuat keputusan ialah satu proses mental di mana seseorang itu bertindak untuk memilih satu pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu.

Andaikan anda sebagai ketua jabatan yang berhasrat hendak membuat keputusan sama ada hendak memecat pekerja anda ataupun tidak. Sekiranya anda hendak membuat keputusan yang bijak, berhikmah, dan sukar dipertikaikan, apakah yang anda mesti lakukan?

Tentulah anda hendak mengelak daripada membuat keputusan yang merugikan. Justeru, anda tidaklah boleh berfikir secara terburu-buru. Anda kenalah menggunakan sumber maklumat yang berasas serta mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk mencari pilihan yang terbaik. Maka anda perlulah rasional, sabar, berfikir panjang, dan mendalam supaya keputusan yang anda buat itu tekal, kekal, dan muktamad tanpa sebarang keraguan dan kerugian.

Robin Forgarty & James Bellanca (1990) Teach Them Thinking  mengkategorikan kemahiran berfikir membuat keputusan sebagai pemikiran kritis dan mendefinisikannya sebagai "making a choice based on reasoned judgement". Mereka memberikan kata sinonim "decision making" dengan "judging, choosing, selecting".

Mereka juga memberikan menu untuk menggunakan kemahiran ini berdasarkan akronim J. U. D. G. E.

J  untuk Jot down occasion for decision

U untuk Use brainstorming for alternatives

D untuk Decide on best possibilities

G untuk Gauge positive and negative outcomes

E untuk Express selection; DECIDE.

Alat fikir yang boleh digunakan untuk membantu anda membuat keputusan secara tersusun/ sistematis ialah

1. Peta Minda

2. Pengurusan Grafik Membuat Keputusan

Pengaplikasian Dalam Pengajaran

  1. Permulaan: Perkenalkan tajuk bagi mata pelajaran yang diajar dan kemahiran berfikir yang dipilih dan rangsangkan perbincangan (pengurusan lisan) bagi memperkenalkan kemahiran  membuat keputusan dengan menggunakan bahan rangsangan yang berkaitan dengan situasi.
  2. Perkembangan: Perkenalkan proses membuat keputusan dan Pengurusan Grafik (PG) yang hendak digunakan. Kemukakan isu dan isikan PG.
  3. Penutup: Merumuskan pilihan terbaik.

 


 [Pengenalan KBKK] [Alat-Alat Berfikir] [Kemahiran Berfikir Kritis] [Kemahiran Berfikir Kreatif] [Kemahiran Membuat Keputusan] [Kemahiran Menyelesaikan Masalah] [Strategi Pengajaran dan Pembelajaran KBKK] [FAQ] [Panel Penulis] [Webmaster] [Laman Utama]